Site icon TechNave BM

Lelaki menjual semula roti Gardenia berharga RM699 di Twitter untuk yang memerlukan

Terdahulu, Gardenia telah menyatakan bahawa mereka masih menghasilkan dan membuat penghantaran roti seperti biasa setiap hari. Namun, ada beberapa kawasan yang masih tercari-cari kelibat roti tersebut. Terkini, jika anda terdesak untuk memakan roti, anda boleh membeli roti melalui seorang lelaki di Twitter yang menjualnya kembali dengan harga RM699 (sila baca dengan nada gurauan).

Sebuah akaun Twitter @rizarul telah memuat naik perkongsian untuk menjual semula roti Gardenia yang dibelinya. Apa yang menghiburkan adalah spesifikasi roti bau kedai. Berikutan perkongsiannya, terdapat pengguna Twitter lain yang turut ingin menjual semula roti mereka dengan harga yang lebih murah.

Apa pun, semestinya ini adalah gurauan semata-mata. Untuk penggemar roti, Gardenia telah menasihatkan agar pembeli membeli untuk kegunaan harian sahaja. Kami juga menyarankan anda agar tidak tamak kerana anda masih boleh mendapatkan roti Gardenia pada hari esok dan seterusnya.

Luahkan komen anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita tenologi terkini.

Sumber: @rizarul melalui hype

Exit mobile version