Site icon TechNave BM

Lenovo akan menambah ahli keluarga baru: Telefon pintar gaming Legion

Legion telah hadir di pasaran sebelum ini dengan peranti gaming yang menarik seperti komputer riba dan lain-lain. Institusi gaming yang semakin berkembang memaksa pengeluar untuk mencipta pelbagai peranti gaming dengan teknologi baru.

Terkini, Legion bakal menambah peranti pintar khas gaming ke dalam keluarganya. Masih tidak diketahui khabar angin tentang ciri spesifik teknologi peranti gaming yang bakal hadir tersebut. Walau bagaimanapun, menurut Gadgets360, andaian ini diperkuatkan lagi dengan pembukaan akaun baru di Weibo.

Akaun kepunyaan Lenovo Mobile Communications Technology (Beijing) Co Ltd ini semestinya akan mengongsikan berita kemas kini mengenai peranti pintar tersebut.

Akaun baru Legion di Weibo

Apa pun, kami masih tiada maklumat mengenai peranti pintar tersebut. Untuk kemas kini maklumat ini, teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah peranti ini bakal menjadi pelopor seterusnya selepas ROG Phone 2? Beritahu kami di laman Facebook TechNave BM.

Sumber: Gadgets360 | Weibo

Exit mobile version