Site icon TechNave BM

Lenovo bakal melancarkan 5 komputer riba yang menggunakan Windows 11 pada 28 September

Lenovo akan melancarkan 5 komputer riba terbaru yang akan menggunakan Windows 11 pada 28 September di China iaitu Xiaoxin Pro 14 2021 Core Edition, Xiaoxin Pro 14 2021 Ryzen Edition, YOGA 13s 2021 Ryzen Edition, Xiaoxin Air 14 Plus 2021 Ryzen Edition, dan Xiaoxin Air 14.

Xiaoxin Pro 14 2021 Core Edition akan disokong oleh pemproses Intel Core i5-11320H, menggunakan pemproses grafik Intel Iris Xe G7 96EU dan menawarkan peningkatan prestasi sehingga 20 peratus.

Ia akan dilengkapi dengan skrin 14 inci yang mempunyai resolusi 2.8K (2880×1800), nisbah aspek 16:10, penyegaran 90Hz dan teknologi peredupan DC. Ia turut mendapat sijil perlindungan TÜV Rheinland, pengiktirafan Blu-ray rendah dan sokongan Dolby Vision.

Pada bulan lepas, Microsoft mengesahkan bahawa sistem operasi Windows 11 akan dipasang pada peranti yang menyokong Windows 11 secara percuma. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version