Site icon TechNave BM

Lenovo bakal mengeluarkan telefon pintar gaming baru – Dengan Snapdragon 865 dan skor AnTuTu 600,000

Terkini, sumber melaporkan kewujudan gambar acahan melalui Weibo yang mungkin merujuk kepada telefon pintar gaming baru Lenovo. Menurut perkongsian tersebut, peranti gaming baru ini dijangka boleh mencapai skor 600,000 di AnTuTu (jika benar, ini adalah rekod baru!).

Melalui gambar acahan tersebut, anda dapat melihat slogan ‘Game On’ yang menguatkan lagi bukti bahawa telefon pintar terbaru Lenovo ini adalah di bawah institusi gaming. Anda juga dapat melihat bahawa peranti gaming mantap ini bakal dihuni cipset Qualcomm Snapdragon 865.

Masihkah anda ingat pada khabar angin tentang peranti gaming oleh Lenovo yang akan dikeluarkan di bawah nama Legion? Mungkinkah ini sebuah peranti gaming Legion Lenovo?

Kongsikan tekaan dan pendapat anda di laman Facebook kami. Nantikan berita teknologi dan gaming terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version