Site icon TechNave BM

Lenovo kongsi gambar tablet “gaming” Legion Pad, mungkin berukuran 8 inci

Syarikat teknologi dari China, Lenovo, telah menghasilkan pelbagai jenis tablet selama ini dan kini mereka mungkin akan menghasilkan sebuah tablet yang dikhaskan untuk gaming.

Beberapa ahli eksekutif Lenovo telah berkongsi gambar tablet yang masih lagi dalam fasa pembangunan, di mana tablet tersebut mempunyai penjenamaan Legion di belakangnya. Legion adalah jenama yang digunakan oleh Lenovo untuk menjual peranti gaming seperti komputer, tetikus, papan kekunci, telefon dan sebagainya.

Tablet tersebut dilaporkan akan mempunyai skrin berukuran 8 inci. Spesifikasinya masih belum diketahui, namun kami menjangkakan bahawa ia akan dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1 serta kadar skrin yang tinggi.

Adakah anda berminat dengan sebuah tablet Lenovo Legion? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sparrow News

Exit mobile version