Site icon TechNave BM

Lenovo lancarkan kerusi “gaming” bertemakan Demon Slayer, lengkap dengan “katana”

Lenovo bukanlah syarikat yang sinonim dengan kerusi gaming, namun syarikat elektronik China itu telah memperkenalkan sebuah kerusi yang bertemakan siri anime popular Demon Slayer. Kerusi itu mempunyai rekaan warna yang diinspirasi daripada pakaian salah seorang watak anime itu, Giyu Tomioka.

Hiasan yang paling menarik pada kerusi ini pastinya adalah replika pedang Nichiren yang disematkan pada sebelah ruang letak tangan kiri. Jika anda sangkakan ia adalah pedang yang boleh ditarik keluar, pedang tersebut merupakan hiasan kekal yang tidak boleh dikeluarkan daripada sarungnya.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu produk yang boleh dibeli. Lenovo menghasilkan lima buah kerusi edisi khas ini untuk diberikan secara percuma kepada pemenang bertuah untuk sebuah pertandingan promosi di Jepun.

Apakah pendapat anda tentang kerusi gaming unik ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version