Site icon TechNave BM

Lenovo lancarkan ThinkPad X1 Fold: Komputer riba dengan skrin lipat pertama di dunia bermula ~RM13,680

Lenovo telah melancarkan ThinkPad X1 Fold, sebuah komputer riba unik yang menampilkan skrin boleh lipat seperti dalam telefon Galaxy Fold. Komputer unik ini dilengkapi skrin OLED berukuran 13.3 inci dengan resolusi 2048 x 1536, nisbah aspek 4:3 dan sokongan untuk penggunaan stylus.

Ia dilengkapi dengan CPU Intel Core i5-L16G 3.0GHz, sistem operasi Windows 10 Home, RAM LDDR4 8GB dan storan SSD 512GB. Komputer ini terdapat dalam dua jenis, iaitu varian Wi-Fi dan varian 5G. Daripada segi tenaga, ia mempunyai bateri 50Whr dan menyokong pengecasan pantas 65W. Papan kekunci Lenovo Fold Mini dan stylus Lenovo Mod Pen turut disertakan bersama komputer ini.

Komputer ini akan dijual pada 28 Oktober untuk varian Wi-Fi berharga CNY21,999 (~RM13,680) dan pada 5 November untuk varian 5G berharga CNY23,999 (~RM14,900). Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan komputer riba unik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNave CN

Exit mobile version