Site icon TechNave BM

Lenovo lancarkan Y9000K 2023, komputer riba “gaming” pertama miliki sistem penyejukan cecair

Selepas memperkenalkan konsol permainan pegang tangan Legion Go dan monitor ThinkVision 27 yang memaparkan kandungan 3D tanpa memerlukan cermin mata di IFA 2023, Lenovo kini telah memperkenalkan komputer riba Y9000K 2023.

Peranti ini dilengkapi dengan spesifikasi andalan termasuk cipset Intel i9-13980HX dan GPU Nvidia RTX 4090 bersama-sama dengan sistem penyejukan cecair bersepadu. Sebelum ini, komputer riba permainan standard bergantung pada sistem pengaliran haba yang besar dan tidak cekap untuk menghilangkan haba.

Kini, Lenovo menawarkan sistem penyejukan cecair pada Y9000K 2023. Sistem ini menggunakan pam kecil untuk menyalurkan air melalui rangkaian paip yang membantu memastikan CPU dan GPU sejuk walaupun ketika bermain game. Selain sistem penyejukan airnya, Y9000K 2023 juga menampilkan beberapa spesifikasi mewah lain. 

Komputer riba ini mempunyai paparan LED Mini 16 inci dengan resolusi 3200×2000 dan kadar segar semula 165Hz. Ia juga mempunyai RAM DDR5-6400 32GB, SSD 2 TB dan papan kekunci berlampu belakang dengan pencahayaan RGB.

Lenovo Y9000K 2023 dijangka tersedia untuk pembelian bermula pada bulan Oktober dan berharga 4499 Euro (~RM22,563). Komputer riba ini akan tersedia dalam dua warna iaitu hitam dan putih.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version