Site icon TechNave BM

Lenovo Legion 2 Pro dilancar: Skrin AMOLED 144Hz, bateri 5,500mAh, pengecasan 90W bermula ~RM2,333

Lenovo hari ini telah melancarkan telefon pintar gaming Lenovo Legion 2 Pro, telefon gaming kedua yang dilancar oleh jenama tersebut di China. Selain dilengkapi spesifikasi tercanggih, telefon ini juga menampilkan rekaan unik yang dikhaskan untuk pengalaman gaming selesa.

Legion 2 Pro dilengkapi cipset Snapdragon 888, skrin AMOLED Full HD+ berukuran 6.92 inci 144Hz, dwi-bateri 5,500mAh, pengecasan pantas 90W dan sistem penyejukan yang menggunakan kipas dalaman. Sistem penyejukannya diletakkan di bahagian tengah agar tidak mengganggu tangan pengguna sewaktu ia digunakan dalam mod landskap. Daripada segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 64MP dan kamera ultra-lebar 16MP.

Satu ciri menarik pada telefon ini adalah kamera swafoto pop-up 44MP di bahagian sisi yang memudahkan penyiaran langsung (live streaming) sewaktu bermain game. Ia turut dilengkapi empat butang sentuh ultrasonik di bahagian bucu dan dua motor getaran haptik. Bercakap tentang kawalan, skrin Legion 2 Pro mempunyai kadar bacaan sentuhan 720Hz bagi menyediakan kadar tindak balas sentuhan yang tinggi.

Telefon tersebut dilancar di China dalam lima varian memori:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version