Site icon TechNave BM

Lenovo Legion 2 Pro sah gunakan skrin 6.92 inci AMOLED E4 dengan kadar segar semula 144Hz!

Lenovo bakal melancarkan telefon pintar gaming terbaru mereka iaitu Lenovo Legion 2 Pro pada 8 April ini. Hari ini, Lenovo mengesahkan spesifikasi skrin dan kadar segar semula peranti tersebut.

Lenovo Legion 2 Pro bakal menggunakan skrin gergasi 6.92 inci, jauh lebih besar dari Legion Pro tahun lalu yang hadir dengan saiz skrin 6.55 inci. Walaupun saiz skrinnya semakin besar, kadar segar semulanya masih kekal pada 144Hz.

Selain itu, eksekutif Lenovo juga mengesahkan bahawa Lenovo Legion 2 Pro akan dilengkapi skrin Samsung AMOLED E4 yang hadir tanpa sebarang takuk.

Untuk spesifikasi lain, Lenovo Legion 2 Pro mungkin akan menggunakan cipset terhebat Qualcomm, Snapdragon 888. Peranti ini akan hadir dengan tiga varian berbeza (RAM 12GB + storan 128GB, RAM 12GB + storan 256GB, RAM 16GB + storan 512GB).

Tambahan lagi, Legion 2 Pro dijangka akan hadir dengan kamera sisi sama seperti generasi pertamanya, dua port USB-C dan menawarkan pengecasan sepantas 110W. Ia juga akan hadir dengan dua kipas untuk penyejukan peranti yang lebih cekap.

Adakah anda teruja dengan peranti gaming dari Lenovo ini? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version