Site icon TechNave BM

Lenovo Legion akan dilancar pada hari yang sama dengan ASUS ROG Phone 3

Sebaik sahaja cipset Snapdragon 865 Plus 5G diumumkan, kini Lenovo pula telah mengesahkan tarikh pelancaran telefon pintar gaming Lenovo Legion yang dilengkapi cipset tersebut pada Rabu, 22 Julai ini. Apa yang menarik tentang tarikh ini adalah ia merupakan tarikh yang sama dengan ASUS ROG Phone 3, sebuah lagi telefon gaming yang turut dilengkapi Snapdragon 865 Plus.

Memandangkan kedua-dua telefon adalah peranti gaming flagship, Lenovo Legion merupakan pesaing yang menarik buat ASUS ROG Phone 3. Selain cipset Snapdragon 865 Plus, Lenovo Legion akan dilengkapi RAM LPDDR5 16GB, storan UFS 3.1 512GB, skrin Full HD+ dengan kadar segar semula 144Hz dan sistem penyejukan baru yang akan diumumkan.

Mungkin ciri luaran yang paling menonjol dalam Lenovo Legion adalah kamera swafoto pop-up yang muncul daripada bahagian sisi. Selain itu, port USB Type-C juga akan berada di bahagian sisi, seperti telefon ASUS ROG sebelum ini.

Jadi telefon yang manakah anda akan tumpukan perhatian pada 22 Julai ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version