Site icon TechNave BM

Lenovo Legion Duel 2 patah tiga dalam sebuah ujian ketahanan!

Jika anda masih ingat, telefon gaming ASUS ROG phone 5 sebelum ini pernah disebut ramai selepas ianya patah dua ketika menjalani ujian ketahanan dari seorang YouTuber JerryRigEverything. Kini, sebuah lagi peranti gaming iaitu Lenovo Legion Duel 2 (Lenovo Legion 2 Pro) telah mengalami nasib yang sama.

Di dalam ujian ketahanan ini, skrin Lenovo Legion Duel 2 dapat bertahan sehingga ke tahap 6 dalam scala Mohs dan mula calar mendalam pada tahap 7. Peranti ini juga telah diuji dengan api dan mampu bertahan selama 33 saat sebelum piksel skrinnya mula rosak.

Kemudiannya, peranti ini telah patah dua apabila dibengkokkan dengan tangan. Yang menyedihkan, ianya dilihat lebih mudah patah berbanding ROG Phone 5. Kehadiran kipas di bahagian tengah peranti ini yang menjadikannya lebih mudah patah. Selepas itu, peranti ini dibengkokkan lagi sekali dan akhirnya telah patah tiga. Namun begitu. skrin hadapan peranti ini masih kekal elok.

Jika anda seringkali meletakkan telefon di bahagian belakang seluar anda, mungkin anda perlu memikirkan semula sebelum membeli kedua-dua telefon gaming ini.

Berikan komen anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version