Site icon TechNave BM

Lenovo Legion Phone Duel 2 dilancar di Malaysia: SD888, skrin AMOLED 144Hz, harga bermula RM3,299

Lenovo hari ini telah melancarkan telefon pintar gaming andalan mereka, Lenovo Legion Phone Duel 2 di pasaran Malaysia dengan tanda harga serendah RM3,299. Untuk pengetahuan anda, telefon pintar ini telah pun dilancarkan di China dengan nama Lenovo Legion 2 Pro pada bulan April lalu.

Lenovo Legion Phone Duel 2 dilengkapi pelbagai ciri-ciri istimewa yang dapat menambahkan pengalaman gaming pengguna. Telefon pintar ini dikuasai oleh cipset Snapdragon 888 5G bersama teknologi pengejukan yang lebih baik.

Selain itu, ia juga hadir dengan skrin AMOLED 6.92 inci yang menyokong kadar segar semula 144Hz. Yang menarik adalah kadar bacaan sentuhan skrinnya setinggi 720Hz!

Lenovo Legion Phone Duel 2 menggunakan bateri 5,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Ia hanya memerlukan masa selama 30 minit sahaja untuk pengecasan penuh dari 0% ke 100%.

Seperti generasi pertamanya, Lenovo Legion Phone Duel 2 juga menggunakan kamera swafoto pop-up pada sisinya. Kamera yang digunakan adalah lensa 44MP yang menyokong ciri Autofokus.

Selain dari itu, telefon pintar ini juga hadir dengan lapan kekunci maya termasuklah empat butang bahu ultrasonic, dua tempat sentuh di belakang dan dua tempat sentuh dalam skrin. Ini dapat memudahkan pengguna untuk bermain game kompetitif dengan lebih baik.

Lenovo Legion Phone Duel 2 dijual bermula hari ini di kedai Lenovo Exclusive Stores dan di kedai dalam talian Lazada dan Shopee. Berikut adalah harga untuk memori yang berbeza.

Pengguna Maxis dan Hotlink yang membeli peranti ini antara 28 Jun dan 31 Julai akan mendapat fon kepala Lenovo 500 Bluetooth In-Ear Headphone yang berharga RM189 secara percuma.

Pembeli juga akan mendapat satu tahun warranti Pick-Up. Jika peranti anda mengalami masalah dalam jangka setahun itu, pihak Lenovo akan datang mengambil, membaiki dan memulangkan semula tanpa sebarang caj penghantaran.

Adakah anda berminat dengan Lenovo Legion Phone Duel 2? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version