Site icon TechNave BM

Lenovo Legion Phone Duel dilancar di Malaysia: SD 865+, bateri 5,000mAh, cas 65W bermula RM3,399

Lenovo Malaysia hari ini telah melancarkan telefon gaming flagship pertama daripada jenama itu iaitu Lenovo Legion Phone Duel. Telefon ini penuh dengan pelbagai spesifikasi canggih seperti Snapdragon 865 Plus, skrin 144Hz, pengecasan pantas 65W dan kamera swafoto pop-up yang berada di bahagian sisi untuk kegunaan siaran langsung (live streaming).

Selain spesifikasi yang canggih, Lenovo juga telah mengoptimakan penggunaan gaming seperti teknologi penyejukan yang menggunakan paip haba dan butang yang berada di bahagian bucu telefon dengan tindak balas haptik (dual haptics). Buat mereka yang menggemari siaran langsung pula, pengguna boleh menyiarkan muka mereka dan game yang dimainkan secara serentak melalui kamera swafoto dengan mikrofon yang dilengkapi pembatalan hingar (noise cancellation).

Pengecasan dwi-bateri dalam Lenovo Legion Phone Duel
Ilustrasi teknlogi penyejukan paip haba dalam Lenovo Legion Phone Duel

Sistem antara muka pengguna (user interface) dalam Legion Phone Duel juga telah dioptimakan untuk digunakan dalam mod telefon melintang (landscape). Ia turut dilengkapi perisian Legion Assistant untuk melaraskan pelbagai tetapan sewaktu gaming dan mengubah pencahayaan RGB di belakang telefon.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Lenovo Legion Phone Duel:

Lenovo Legion Phone Duel akan mula dijual di Malaysia bermula Isnin, 26 Oktober dengan harga RM3,399 untuk varian 12GB+256GB dan RM3,999 untuk varian 16GB+512GB. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version