Site icon TechNave BM

Lenovo Legion Phone Duel versi lutsinar diperkenal: Snapdragon 865+, cas pantas 90W, 144Hz

Hari ini, sebuah konferens Lenovo Innovation and Technology Conference telah berlangsung dan sebuah peranti menarik telah dipamerkan. Lenovo kini memperkenalkan Lenovo Legion Phone Duel varian lutsinar.

Untuk pengetahuan anda, Lenovo Legion Phone Duel versi lutsinar ini sebenarnya mempunyai spesifikasi yang sama sahaja dengan Lenovo Legion Phone Duel. Sepintas lalu, peranti ini dilengkapi Snapdragon 865+, pilihan RAM 12GB/16GB, menyokong cas pantas 90W (pengecas 65W disertakan bersama) dan skrin AMOLED 6.65 inci.

Peranti dengan rekaan litupan lutsinar sentiasa menjadi rebutan ramai. Namun, harga rasminya di pasaran China masih belum diumumkan. Kami juga tidak pasti sama ada varian rekaan lutsinar ini akan hadir di pasaran Malaysia atau tidak.

Terdahulu, Lenovo Legion Phone Duel dilapor memiliki spesifikasi gaming yang baik seperti Game Acceleration Engine (GAE) dan sistem penyejukan yang berteknologi tinggi. Model biasa peranti ini telah dilancar di Malaysia pada harga bermula RM3,399.

Adakah anda berminat dengan Lenovo Legion Phone Duel versi lutsinar? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version