Site icon TechNave BM

Lenovo Legion Y70 dilengkapi Snapdragon 8+ Gen 1, bakal dilancar pada 13 Ogos ini

Lenovo sedang menyegarkan barisan telefon pintar gaming Legionnya dengan peranti yang memuatkan cipset andalan terbaharu. Legion Y70 dijadualkan bakal dilancar pada 13 Ogos ini dengan cip Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1. Ia juga merupakan peranti yang kelihatan seperti kebanyakan telefon pintar standard di pasaran walaupun tertumpu kepada gaming.

Legion Y70 muncul di TENAA bulan lepas bersama dengan beberapa imej janaan. Ia dijangka menggunakan AMOLED 6.67 inci dengan resolusi FHD+. Terdapat juga persediaan tiga kamera yang mempunyai sensor ultralebar 13MP dan kamera utama 50MP dengan OIS (penstabilan imej optik) dan boleh merakam video dalam resolusi 8K.

Spesifikasi teknologi lain termasuk RAM 16GB, storan 512GB dan bateri berkapasiti 4,880mAh dengan peranti seberat 205 gram. Ini adalah satu-satunya perkara yang diketahui mengenai Legion Y70 yang akan datang buat masa ini tetapi kami akan mengetahui lebih lanjut tidak lama lagi kerana pelancaran peranti itu telah disahkan.

Adakah anda teruja untuk melihat Lenovo Legion Y70? Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version