Site icon TechNave BM

Lenovo Malaysia anjurkan 12.12 BIG Sale: Potongan harga sehingga RM2,979 untuk pelbagai komputer

Lenovo Malaysia bakal menganjurkan promosi khas pada 12 Disember nanti iaitu 12.12 BIG Sale di mana pelbagai komputer dan aksesori Lenovo akan dijual pada harga istimewa, dengan diskaun sehingga 53% dan potongan harga sehingga RM2,979.

Selain itu, Lenovo Malaysia juga akan mengadakan pertandingan di laman Facebook rasmi di mana lima pemenang akan membawa pulang komputer tiba ThinkBook Plus. Peserta hanya perlu menandakan lima rakan mereka dan taipkan slogan lima belas perkataan mengapa anda perlukan peranti Lenovo pada 12.12. Pemenang akan dimaklumkan di Facebook pada 17 Disember 2020.

Berikut adalah senarai produk Lenovo yang terlibat dalam promosi ini:

ProdukHarga diskaun
Lenovo ThinkPad X1 Carbon Gen 8RM8,299 atau RM692 sebulan (diskaun RM2,296.58)
Lenovo ThinkPad X13 AMDRM4,469.40 atau RM373 sebulan (diskaun RM2,979.60)
Lenovo ThinkPad L14RM4,550.18 atau RM380 sebulan (diskaun RM998.82)
Lenovo Legion 5iDiskaun sehingga 12%
Lenovo Legion Tower 5iDiskaun sehingga 7%
Lenovo G25-10 25″ Gaming MonitorDiskaun sehingga 15%

Lenovo juga akan menjual pakej produk dengan diskaun 55% untuk SMB Accessory Bundle, diskaun 55% untuk Student Accessory Bundle dan diskaun 50% untuk Legion Accessory Bundle. Untuk maklumat lanjut tentang Lenovo 12.12 BIG Sale, layari laman web Lenovo Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana produk daripada promosi Lenovo Malaysia ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version