Site icon TechNave BM

Lenovo Malaysia anjurkan promosi 3.3 Mega Sale, harga komputer turun sebanyak RM4,000

Lenovo Malaysia bakal menganjurkan promosi khas pada 24 Februari hingga 13 Mac 2022 nanti iaitu 3.3 Mega Sale, di mana pelbagai jenis komputer akan menerima diskaun yang sangat tinggi iaitu sehingga 49% lebih murah berbanding harga asal.

Selain itu, pelanggan juga boleh menjangkakan jualan kilat (flash sales) di mana beberapa komputer dan tablet terpilih akan dijual pada harga diskaun selama 24 jam sahaja.

Untuk diskaun tambahan, pelanggan boleh mendaftarkan diri untuk menjadi ahli LenovoPRO secara percuma dan anda akan layak mendapat diskaun tambahan sehingga 12%. LenovoPRO adalah sebuah program untuk pemilik perniagaan dan pengurus IT bagi memudahkan mereka mendapatkan produk IT pada harga yang kompetitif.

Berikut adalah antara komputer riba yang dijual pada harga diskaun sepanjang promosi ini:

ModelHarga asalHarga diskaun
Lenovo ThinkPad X1 Carbon Gen 9RM11,029RM6,795.34
Lenovo V15 Gen 2RM3,499RM2,788
Lenovo ThinkBook 15 Gen 2RM5,109RM3,887.89

Layari laman web Lenovo Malaysia untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang promosi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version