Site icon TechNave BM

Lenovo Malaysia anjurkan promosi tengah tahun sehingga 30 Jun 2022, diskaun sehingga 57%

Jika anda merancang untuk membeli sebuah komputer dalam waktu terdekat, Lenovo Malaysia sedang menganjurkan promosi pertengahan tahun Mid-Year Sale di mana pelbagai produk komputernya akan dijual pada harga diskaun. Promosi ini akan berlangsung sehingga 30 Jun 2022 dan pelanggan boleh terima potongan diskaun sehingga 57 peratus.

Berikut adalah antara senarai komputer Lenovo menarik yang dijual sepanjang promosi ini:

Selain daripada komputer-komputer di atas, Lenovo Malaysia juga akan mengadakan promosi kilat (flash deals) 24 jam sepanjang promosi ini untuk pelbagai jenis komputer. Promosi kilat ini hanya akan dimaklumkan dalam laman Facebook Lenovo Malaysia dan setiap promosi hanya layak dibeli untuk tiga buah produk sahaja.

Untuk ahli LenovoPRO pula, mereka boleh menerima lebih banyak diskaun sepanjang kempen promosi ini di mana mereka yang banyak berbelanja boleh memenangi produk Lenovo bernilai RM18,888. LenovoPRO adalah sebuah penyelesaian sehenti untuk para pemilik perniagaan dan pengurus IT dalam membina infrastruktur IT untuk perniagaan mereka dengan harga berpatutan.

Maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh diketahui dalam laman web Lenovo Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi Lenovo ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version