Site icon TechNave BM

Lenovo Malaysia lancarkan Legion Slim 7i: Komputer riba nipis dengan GeForce RTX berharga RM7,599

Lenovo Malaysia hari ini telah mengumumkan produk terbaru dalam barisan Legion iaitu Legion Slim 7i, sebuah komputer riba gaming yang nipis untuk pengguna yang menginginkan komputer dengan reka bentuk ringkas. Komputer ini dilengkapi dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 2060 dengan Max-Q Design untuk menyokong teknologi ray tracing dan dijual pada harga bermula RM7,599.

Selari dengan nama Slim, reka bentuknya menampilkan kenipisan 17.9mm dan berat 1.86kg sahaja untuk memudahkan ia dibawa ke mana-mana. Komputer ini juga dilengkapi skrin 15.6 inci, pemproses Intel Core i7 generasi ke-10 serta bateri 71WHr yang Lenovo mengatakan mampu bertahan selama 7.75 jam.

Bagi meningkatkan pengaliran haba, teknologi Legion Coldfront 2.0 mampu menarik udara sebanyak 31% lebih banyak dan meningkatkan pelesapan haba sehingga 115% pada CPU dan GPU berbanding Legion Slim generasi sebelum ini. Pembesar suaranya pula dilengkapi teknologi Dolby ATMOS Speaker System with Sound Radar by Dolby untuk menghasikan bunyi yang kuat dan jelas.

Berikut adalah spesifikasi penuh Lenovo Legion Slim 7i:

Pelanggan yang berminat boleh mula menempah Legion Slim 7i di laman web Lenovo Malaysia, di mana ia akan mula dijual pada awal 2021. Beritahu kami di Facebook jika komputer riba Lenovo ini menarik minat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version