Site icon TechNave BM

Lenovo Malaysia tawarkan diskaun komputer sehingga RM3,388 sempena promosi Tahun Baru Cina

Lenovo Malaysia akan menganjurkan jualan istimewa sempena perayaan Tahun Baru Cina di mana pengguna boleh menikmakti diskaun sehingga RM3,388 untuk pelbagai produk Lenovo.

Di samping itu, Lenovo juga akan menawarkan lebih banyak diskaun buat para petugas barisan hadapan yang bekerja keras dalam menangani wabak COVID-19, di mana mereka boleh mendapat diskaun sehingga 25% untuk komputer riba Lenovo ThinkPad dan aksesorinya. Petugas hadapan yang berminat untuk mengambil diskaun ini boleh menghubungi Lenovo di 1800-88-5266.

Berikut adalah produk Lenovo yang ditawarkan pada harga diskaun sempena promosi ini:

Lenovo juga akan menganjurkan peraduan khas buat semua pelanggan yang membeli mana-mana produk Lenovo, di mana mereka boleh memenangi hadiah seperti ThinkBook Plus, baucar beli-belah, set kepala AR dan power bank.

Layari laman web Lenovo Malaysia untuk maklumat lanjut tentang jualan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli peranti Lenovo dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version