Site icon TechNave BM

Lenovo Pad Pro 2022 dilancar: Dimensity 1300T, skrin 120Hz dan bateri 8,200mAh bermula ~RM1444

Lenovo baru-baru ini telah melancarkan telefon gaming terbaharunya di China. Namun, Lenovo bukan sahaja melancar telefon, ia juga turut melancarkan TWS, kerusi gaming dan tablet baharu iaitu Lenovo Pad Pro 2022.

Sekali imbas, mungkin Lenovo Pad Pro 2022 tidak banyak dinaik taraf kerana masih menggunakan Snapdragon 870. Namun kali ini, Lenovo telah menyediakan varian dengan cipset Dimensity 1300T. Syarikat itu telah menambah baik skrin OLED yang menampilkan beberapa peningkatan seperti kadar penyegaran 120Hz, kadar pensampelan sentuh 360Hz dan sokongan HDR10+.

Terdapat juga papan kekunci yang menyokong arahan seperti Windows seperti Alt+Tab, Ctrl+C dan Ctrl+V. Bahagian belakangnya menempatkan kamera 13MP dan bahagian hadapan menempatkan kamera swafoto 8MP. Baterinya berkapasiti 8,200mAh yang menyokong pengecasan 68W dan pengecasan 30W untuk varian Dimensity 1300T.

Tablet ini mempunyai tiga pilihan warna iaitu coklat, ungu dan kelabu. Varian Dimensity 1300T berharga 2199 yuan (~RM1444) untuk RAM 6GB + 128GB dan varian dengan RAM 8GB berharga 2499 yuan (~RM1641). Kami masih menantikan kenyataan rasmi Lenovo Malaysia bagi ketersediaanya dalam pasaran Malaysia.

Beritahu kami di Facebook pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version