Site icon TechNave BM

Lenovo sahkan rupa Legion 2 Pro sebelum pelancaran rasmi esok

Cuma tinggal sehari lagi sebelum telefon pintar gaming Lenovo Legion 2 Pro akan dilancar di China, dan kini Lenovo telah pun mengesahkan rupa luaran telefon tersebut yang sangat unik. Gambar yang dikongsi oleh Lenovo dalam media sosial Weibo nampaknya sama dengan gambar yang telah tertiris semalam.

Legion 2 Pro akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Selain itu, Lenovo juga mengesahkan kehadiran butang bucu fizikal pada telefon tersebut, sesuatu yang boleh dijangkakan untuk sebuah telefon gaming.

Legion 2 Pro dengan warna putih

Menurut kiriman di Weibo, Legion 2 Pro juga akan dilengkapi senibina yang mengutamakan pelesapan haba, di mana ia mempunyai sistem dwi-bateri dan kipas dalaman untuk menyejukkan telefon. Telefon itu juga akan dilengkapi dwi-pembesar suara dan dwi-motor liner berpaksi-X (dual X-axis linear motor).

Setakat ini, spesifikasi Legion 2 Pro yang sudah disahkan adalah kamera swafoto pop-up 44MP di bahagian sisi, sistem penyejukan dengan dua kipas, skrin AMOLED E4 Full HD+ 6.92 inci 144Hz dan cipset Snapdragon 888.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Legion 2 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version