Site icon TechNave BM

Lenovo Tab M10 5G hadir dengan skrin 2K 10.6” dan SD 695 berharga ~RM1,378

Lenovo baru sahaja mengumumkan tablet terbaharunya iaitu Lenovo Tab M10 5G. Tab ini mempunyai LCD 10.61 inci dengan resolusi 1,200 x 2,000 piksel dan kadar penyegaran 60Hz. Panel menyokong kecerahan puncak sehingga 400 nits dan mempunyai pensijilan penjagaan mata TUV.

Tab M10 5G dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 695, pilihan RAM 4 atau 6GB dan storan 128GB yang boleh dikembangkan melalui slot mikroSD. Peranti ini dilengkapi dengan dwi pembesar suara Dolby Atmos dan mempunyai bicu audio 3.5mm.

Terdapat kamera swafoto 8MP dan kamera utama 13MP tunggal bersama denyar LED pada bahagian belakang. Ia menggunakan sistem operasi Android 13 dan baterinya berkapasiti 7,700 mAh. Lenovo Tab M10 5G hadir dalam satu warna Biru Abyss. 

Varian 4/128GB dijual pada harga INR 24,999 (~RM1,378) dan kami masih menunggu kenyataan rasmi daripada Lenovo Malaysia tentang ketersediaanya dalam pasaran tempatan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version