Site icon TechNave BM

Lenovo Tab P12 dilancar: Dimensity 7050, skrin 12.7″ dan pembesar suara JBL berharga ~RM2,005

Sebelum ini, Samsung melancarkan tablet siri Galaxy Tab S9 semasa acara Unpacked terbarunya. Tetapi itu bukan satu-satunya tablet yang diperkenalkan minggu ini. Lenovo turut mendedahkan tablet baharu untuk produktiviti dan hiburan iaitu Lenovo Tab P12 .

Lenovo Tab P12 ialah legasi kepada Lenovo Tab P12 Pro yang dilancarkan pada 2021. Ia mempunyai cipset Dimensity 7050, RAM 4GB atau 8GB dan storan 128GB atau 256GB. Selain itu, ia menampilkan kapasiti bateri 10,200mAh. Tablet ini memiliki satu kamera utama belakang 13MP dan kamera swafoto 8MP. 

Lenovo Tab P12 mempunyai skrin LCD 12.7 inci dengan kadar penyegaran 60Hz. Ia juga mempunyai empat pembesar suara JBL, menyokong set papan kekunci dan stilus baharu. Untuk pengetahuan, stilus baharu daripada Lenovo ialah Lenovo Tab Pen Plus.

Lenovo Tab P12 dan Lenovo Tab Pen Plus dijual di Eropah pada harga 399 Euro (~RM2,005) dan jika anda mahukan tablet dengan papan kekunci, ia akan menjadi 499 Euro (~RM2,508). Walau bagaimanapun, kita perlu menunggu kenyataan rasmi daripada Lenovo Malaysia tentang ketersediaannya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

SUmber: Lenovo

Exit mobile version