Site icon TechNave BM

Lenovo umum LAVIE MINI: Komputer riba kompak boleh ubah, sokong “controller”

Lenovo kini adalah pembuat komputer terkemuka untuk pasaran global dan ianya disebabkan oleh produk mereka yang pelbagai bersama tawaran harga yang menarik.

Terbaru, di acara CES 2020, Lenovo telah mengumumkan Lenovo LAVIE MINI, sebuah komputer riba kompak boleh ubah. LAVIE MINI ini hadir dengan reka bentuk ultra kompak yang hadir dengan pelbagai ciri yang menarik.

LAVIE MINI hadir dengan skrin 8 inci WUXGA dengan resolusi 1920 x 1200 piksel. Selain dari itu, ia dikuasai oleh pemproses Intel Core i7 generasi ke 11 dengan grafik Intel Iris XE. Ia juga hadir dengan storan setinggi 256GB SSD dan RAM LPDDRX 16GB.

Peranti ini ditawarkan dengan warna Crystal White (putih) dan hanya mempunyai berat 579g sahaja. Tambahan lagi, komputer riba ini juga hadir dengan ciri menarik seperti Modern Standby dan kamera inframerah yang menyokong Windows Hello.

Satu perkara yang menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan sokongan gaming controller yang membolehkan pengguna bermain game komputer berkualiti tinggi seperti game perlumbaan kereta atau game battle royale.

LAVIE MINI juga hadir dengan sokongan port HDMI serta menggunakan port USB-C untuk pengecasan baterinya.

Buat masa ini, Lenovo masih lagi belum memberitahu harga rasmi dan keberadaan komputer riba kompak boleh ubah LAVIE MINI.

Adakah anda berminat dengan peranti ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version