Site icon TechNave BM

Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition dilancar di Malaysia: Komputer AI nipis bermula RM7,499

Lenovo Malaysia baru-baru ini memperkenalkan produk baharu dalam siri komputer riba AI-nya iaitu Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition. Komputer ini menampilkan pemproses Intel Core Ultra Evo terkini, bateri tahan lama dan rekaan senipis 13.9mm sahaja.

Pemproses Intel® Core™ Ultra Evo Edition di dalamnya menampilkan lapan teras yang mengedarkan tugas secara pintar antara CPU, iGPU dan NPU bagi mencapai prestasi 45 TOPS untuk aliran kerja AI yang pantas. CPU Intel dan AI Core juga akan mengimbangkan prestasi dengan kecekapan tenaga bagi menawarkan hayat bateri sehingga 18 jam.

Skrinnya menggunakan panel OLED berukuran 15.3 inci dengan resolusi 2.8K, kadar segar semula 120Hz serta pengiktirafan TÜV Low Blue Light dan Eyesafe®. Badannya mempunyai ketahanan taraf tentera dan menawarkan beberapa port seperti Thunderbolt 4, USB-A dan HDMI 2.1.

Jika anda berminat untuk cuba sendiri komputer ini, anda boleh hadirkan diri ke Co-labs Coworking The Starling atau Co-labs Coworking Naza Tower sebelum 31 Disember 2024 di mana ia akan dipaparkan di situ.

Antara fungsi AI yang ditawarkan termasuklah Smart Share untuk pemindahan fail mudah antara komputer dengan telefon, Shield Mode untuk tingkatkan privasi, Power Mode untuk imbangkan bateri dan prestasi, Attention Mode untuk kurangkan gangguan daripada notifikasi dan banyak lagi.

Berikut adalah spesifikasi penuh Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version