Site icon TechNave BM

Lensa Sony G Master 300mm F2.8 Telephoto Full-Frame E-mount Baharu bakal dilancar pada awal 2024

Sony telah mengumumkan pembangunan lensa FE 300mm F2.8 GM OSS Telephoto yang telah lama ditunggu-tunggu yang akan dilancarkan pada awal 2024. Ia sangat ringan dan mudah dibawa kemana-mana sahaja.

Lensa telefoto super apertur besar seperti FE 400mm F2.8 GM OSS dan FE 600mm F4 GM OSS sangat sesuai bagi jurugambar sukan dan hidupan liar di seluruh dunia kerana resolusi dan prestasi AF mereka.

Lensa baharu itu akan menampilkan resolusi tinggi dan bokeh yang menakjubkan bagi barisan kanta siri G Master unggulan Sony di samping menawarkan jarak fokus 300mm yang jauh dan apertur besar F2.8. 

Gabungan ini akan memberikan pengalaman dan kualiti penggambaran yang lebih tinggi untuk semua jurugambar sukan, berita, acara profesional dan juruvideo yang ingin merakam situasi dengan kualiti imej yang baik.

Butiran dan spesifikasi tambahan pada lanta FE 300mm F2.8 GM OSS Telefoto baharu akan dikeluarkan kemudian. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version