Site icon TechNave BM

Les’ Copaque menghasilkan animasi pendek Upin & Ipin mengenai virus

Sepintas lalu, Influenza merupakan jangkitan saluran pernafasan yang melahirkan simptom-simptom tertentu. Wabak ini merupakan wabak yang berlaku sepanjang tahun.

Terkini, sejajar dengan kesedaran kewujudan virus, Les’ Copaque telah menghasilkan animasi pendek Upin & Ipin mengenai virus. Animasi berdurasi 48 saat itu telah ditonton oleh 40K netizen melalui laman twitter Les’ Copaque.

Les’ Copaque memulakan langkah bijak untuk memberi kesedaran tentang virus dan vaksin dengan memanfaatkan animasi komputernya. Diharapkan agar lebih banyak animasi yang memberi faedah kepada netizen dihasilkan selepas ini.

Apa pun, menurut KKM, wabak Influenza yang hadir masih terkawal. KKM turut menasihatkan orang ramai agar mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut:

  1. Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi;
  2. Kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun, atau hand sanitizer;
  3. Mengamalkan adab batuk / bersin yang baik;
  4. Tidak bergaul dengan orang yang bergejala flu; dan
  5. Sentiasa mengamalkan cara hidup sihat.

Sudahkan anda menerima vaksin Influenza atau anda hanya merancang untuk mengamalkan langkah pencegahan yang disarankan? Beritahu komen anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi animasi terkini dalam dan luar negara.

Sumber: Les’ Copaque | KKM

Exit mobile version