Site icon TechNave BM

LG akan perkenalkan monitor “gaming” OLED yang boleh bertukar bentuk skrin

LG Display akan memperkenalkan beberapa produk bertemakan gaming dalam Pameran Elektronik Penggunga (CES) yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 Januari di Amerika Syarikat. Antara produk LG Display yang bakal menarik perhatian adalah skrin Bendable Cinematic Sound OLED 4K berukuran 48 inci yang boleh bertukar bentuk di antara skrin rata atau melengkung.

Dengan sentuhan satu butang, pengguna boleh memilih untuk menggunakan monitor ini dengan paparan rata atau mengubah bentuknya kepada paparan melengkung yang mempunyai jejari (radius) 1,000mm.

Tambahan lagi, teknologi Cinematic Sound (CSO) bermaksud skrin ini mempunyai lapisan film exciter senipis 0.6 milimeter, membuatkan keseluruhan panel OLED itu bertindak sebagai pembesar suara. Ini bukan sahaja bermaksud audio datang secara terus daripada skrin, malah membuatkan rekaan keseluruhan monitor ini lebih nipis.

LG Display mengatakan skrin ini mampu menyokong kadar segar semula 40Hz hingga 120Hz, iaitu boleh dianggap standard untuk monitor gaming pada waktu ini. Walaupun kadar segar semulanya lebih rendah daripada beberapa monitor lain, kebolehannya untuk mengubah bentuk membuatkan produk ini sangat unik.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version