Site icon TechNave BM

LG akan teruskan sokongan Android 11 dan Android 12 untuk telefon terpilih

Pada awal minggu ini, LG Electronics telah memutuskan bahawa mereka akan menamatkan divisyen telefon pintar dan berhenti daripada menjual produk dalam industri tersebut. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna LG akan berhenti menyediakan sokongan perisian kepada telefon pintar mereka yang telah dibeli oleh pelanggan sebelum ini.

LG akan terus membekalkan kemas kini untuk sistem operasi Android 11 yang dilengkapi dalam semua telefon mereka. LG juga mengatakan beberapa telefon terpilih bakal menerima kemas kini untuk Android 12, namun mereka tidak menyenaraikan secara jelas telefon manakah yang akan menerimanya.

LG juga menyatakan penyediaan kemas kini akan bergantung kepada negara dan prosedur Google. Untuk kemas kini keselamatan (security updates) pula, LG akan terus menyediakannya kepada semua telefon LG namun mereka tidak menjelaskan selama manakah ia akan diberikan.

Maklumat daripada laman web LG Korea (diterjemahkan dengan terjemahan auto)
Senarai peranti LG yang akan menerima Android 11 pada tahun ini

Laman web LG Jerman telah menyenaraikan senarai telefon LG yang bakal menerima Android 11 pada tahun ini, dan kita boleh jangkakan senarai yang serupa untuk pengguna telefon LG di Malaysia. Untuk sokongan perkakasan (hardware support) pula, LG akan terus menyediakan perkhidmatan pembaikian telefon, namun bekalan aksesori dan telefon adalah terhad.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version