Site icon TechNave BM

LG ARTCOOL dilancar di Malaysia: Model penghawa dingin baharu bermula RM2,649

Pada hari ini, LG Malaysia memperkenalkan barisan penghawa dingin baharu iaitu LG ARTCOOL. Penghawa dingin ini dilengkapi teknologi penyejukan terkini dengan rekaan yang minimalis bagi menghasilkan keselesaan tanpa menjejaskan estetika dalam bangunan.

Teknologi yang dilengkapi dalam produk ini termasuklah Plasmaster Ionizer++ yang boleh menapis habuk dan menghapuskan 99.9% bakteria untuk kualiti udara yang bersih. Selain itu, unit pemampat Dual Inverter Compresser mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi untuk penggunaan elektrik yang lebih rendah, tanpa mengorbankan prestasi penyejukan.

ARTCOOL juga mempunyai fungsi Auto Cleaning yang boleh mengeringkan sebarang kelembapan yang terkumpul di dalamnya supaya ia kekal bersih.

Ia ditawarkan dalam rekaan berwarna hijau dan kemasan cermin untuk sentuhan elegan di kediaman atau pejabat. Anda juga boleh pautkannya dengan aplikasi ThinQ untuk mengawalnya dengan lebih mudah, termasuklah dengan fungsi pembantu suara (voice assistant).

Selain siri ARTCOOL, LG Malaysia turut menawarkan siri LG DUALCOOL yang ditawarkan dalam varian Premium (1.0, 1.5, 2.0, 2.5HP), Classic (1.0, 1.5HP) dan Lite (1.0, 1.5HP). Semua produk DUALCOOL mempunyai teknologi Plasmaster Ionizer++, penyejukan pantas dan penggunaan tenaga rendah.

LG ARTCOOL akan dijual di Malaysia pada harga berikut:

Anda boleh layari laman web LG Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai produk ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version