Site icon TechNave BM

LG Chromebook pertama diiktiraf Bluetooth SIG

Sejak kebelakangan ini, Chromebook menjadi semakin popular. Walaupun terdapat banyak pilihan yang tersedia dari pelbagai pengeluar, masih belum ada berita tentang pengeluaran terbaru. 

LG mungkin mengeluarkan Chromebook pertama pada masa akan datang. Ini kerana barisan LG Gram PC Windows yang langsing dan ringan yang dijual telah mendapat ulasan positif. LG telah bersedia untuk membawa perkakasannya ke pasaran Chromebook.

LG Chromebook akan menjadi komputer riba Chromebook pertama di mana ia telah mendapat pengiktirafan seperti yang dilihat di laman web Bluetooth Special Interest Group. Senarai ini dilaporkan oleh Chrome Unboxed buat pertama kali, namun tiada sebarang maklumat lain kecuali mengenai komputer model “11TC50Q” dan mempunyai Bluetooth 5.1.

Kami tidak sabar untuk tahu lebih lanjut mengenai LG Chromebook terutamanya tentang reka bentuk, spesifikasi dan harga komputer riba tersebut. Berkemungkinan besar kami tidak akan mengetahui butiran ini sehingga peranti dilancarkan.

Terdapat kemungkinan LG Chromebook dikeluarkan pada tahun ini. Namun, pelancaran CES tidak boleh diketepikan walaupun kami berpendapat ia lebih baik untuk mengumumkan Chromebook pertamanya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version