Site icon TechNave BM

LG dilapor rancang jual perniagaan telefon pintarnya kepada syarikat besar Vietnam

Baru-baru ini, kami sudah memaklumkan mengenai LG yang dilapor mungkin bakal keluar dari industri telefon pintar. Terkini, sumber menyatakan bahawa LG merancangkan untuk jual perniagaan telefon pintarnya kepada sebuah perusahaan besar di Vietnam, Vingroup Co.

Menurut BusinessKorea, Vingroup Co setakat ini memberi tawaran paling baik dalam rundingan jualan perniagaan telefon pintar LG. Syarikat besar ini sudah mempunyai portfolio mengendalikan perniagaan dalam pelbagai pasaran termasuk perhotelan, pengedaran, kereta, bahkan telefon pintar juga. Terdahulu, ia sudah mengeluarkan telefon pintar untuk LG di bawah kontrak ODM. Vingroup Co juga adalah pengeluar telefon pintar ketiga terbesar di Vetnam selain OPPO dan Samsung.

Sumber melaporkan bahawa Vingroup Co bakal mengambil alih perniagaan telefon pintar LG di AS. LG turut dilapor berminat untuk menjual telefon pintarnya secara satu persatu berbanding menjualnya secara keseluruhan.

Apakah pendapat anda sekiranya laporan ini benar? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version