Site icon TechNave BM

LG Display hentikan pengeluaran skrin telefon pintar akibat jangkitan COVID-19

Selepas Samsung dipengaruhi oleh penularan wabak COVID-19, kini sebuah lagi syarikat elektronik Korea Selatan terpaksa menutup kilangnya untuk membendung wabak tersebut. LG Display telah menghentikan pengeluaran skrin telefon pintarnya buat sementara di sebuah kilang di Gumi, Korea Selatan selepas seorang pekerja bank berhampiran kilang itu dijangkiti COVID-19.

Syarikat itu menjangkakan untuk menyambung operasi pada 3 Mac. Tindakan ini bukan sahaja akan mempengaruhi pembuatan peranti LG, tetapi juga peranti syarikat lain kerana LG Display membuat skrin untuk pelbagai telefon pintar seperti iPhone.

Ini adalah berita terbaru berkaitan impak COVID-19 terhadap industri teknologi. Kongsi pendapat anda tentang situasi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version