Site icon TechNave BM

LG Malaysia anjurkan promosi khas sempena Hari Raya, tawarkan kredit Touch ‘n Go eWallet sehingga RM2,500

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi, LG Electronics Malaysia sedang menganjurkan promosi khas untuk pelbagai produknya yang akan berlangsung sehingga 4 Jun 2023. Pelbagai perkakasan rumah seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh, penghawa dingin, pembersih udara (air purifier) dan pembersih air (water purifier) akan dijual pada harga diskaun.

Selain itu, LG Malaysia juga menawarkan kredit Touch ‘n Go (TNG) eWallet sehingga RM2,500 dengan setiap pembelian produk LG sepanjang promosi ini. Dengan Mix & Match, anda juga boleh dapatkan lebih banyak kredit TNG eWallet dengan dua atau lebih pembelian produk LG bernilai RM3,000 dan ke atas dalam satu resit.

Pelanggan Mix & Match juga berpeluang memenangi hadiah seperti set peralatan dapur yang dibuat daripada besi tahan karat (bernilai RM250), terhad sebanyak 1,500 unit sahaja.

Berikut adalah senarai produk LG yang dijual pada harga diskaun sepanjang promosi ini:

Layari laman web LG Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Kongsi pendapat anda mengenainya di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version