Site icon TechNave BM

LG Malaysia tawarkan pemeriksaan dan pembersihan percuma produk LG yang dimiliki mangsa banjir

LG Malaysia hari ini telah mengumumkan inisiatif Love, Care, Hand in Hand di mana mereka akan menawarkan perkhidmatan dan pembersihan percuma terhadap produk-produk LG yang dimiliki oleh mangsa banjir. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban ribuan rakyat Malaysia yang telah menjadi mangsa banjir di Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Produk LG yang layak menerima perkhidmatan di bawah inisiatif ini termasuklah pembersih hampagas, televisyen 32 inci dan ke atas, monitor 32 inci dan ke atas, pembesar suara, mesin basuh, peti sejuk dan penghawa dingin.

Jika produk-produk LG yang terjejas tidak boleh lagi dibaiki atau pelanggan tidak ingin membaikinya, mereka boleh memberi produk LG baru di kedai-kedai LG terpilih dengan rebat tunai sehingga RM600.

Anda boleh lihat senarai daerah-daerah yang layak menerima inisiatif ini di laman web LG Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version