Site icon TechNave BM

LG mempatenkan telefon lipat yang bukan sahaja boleh lipat, tetapi boleh gulung

Pelbagai jenama telefon pintar telah cuba meneroka peranti boleh lipat dengan pelbagai variasi rekaan lipatan dan idea. Walaupun peranti boleh lipat masih tidak terkenal seperti peranti standard, namun pengguna sentiasa teruja melihat jenama yang berbeza mengeluarkan peranti boleh lipat unik masing-masing. LG merupakan jenama yang tidak seberapa aktif dalam trend ini, namun baru-baru ini mereka telah mempatenkan telefon pintar yang bukan sahaja boleh lipat, tetapi boleh gulung.

Menurut laporan, peranti ini sebenarnya membenarkan anda menarik daripada bahagian tepi untuk memanjangkan skrin. Selepas dipanjangkan, anda boleh melipatnya seperti peranti boleh lipat lain yang kita pernah lihat sebelum ini. Lipatan luar biasa ini memperlihatkannya seperti digulung (boleh lihat paten pada gambar atas). Kami tidak pasti apakah mekanisme yang akan digunakan oleh LG untuk merealisasikan peranti ini. Jika benar, mungkin ia bakal menarik minat orang ramai.

Sumber melaporkan bahawa LG mungkin mengeluarkan aksesori seperti papan kekunci memandangkan peranti ini kelihatan seperti komputer riba jika ia dipanjangkan. Apa pun, kami tidak pasti jika ianya sebesar komputer riba. Perlu diingatkan bahawa setiap paten peranti tidak semestinya bakal dihasilkan, jadi usah berharap setinggi gunung.

Beritahu pandangan anda mengenai peranti ini di laman Facebook kami. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version