Site icon TechNave BM

LG mungkin akan keluar daripada industri telefon pintar

Media Korea Selatan melaporkan bahawa syarikat elektronik LG telah memutuskan untuk keluar daripada industri telefon pintar dan menamatkan divisyen telefon di bawah syarikat itu. Para pekerja yang berada di bawah divisyen tersebut bakal dipindahkan ke divisyen lain dalam LG Electronics.

Sebelum ini, LG telah meneroka pelbagai alternatif seperti menjual divisyen itu kepada syarikat luar, namun syarikat Korea Selatan itu tidak dapat mencari pembeli yang sesuai dan terpaksa menamatkan divisyen telefonnya. Sebuah pengumuman rasmi akan dikeluarkan oleh LG pada 5 April.

Jika berita ini betul, kita mungkin tidak dapat lihat telefon LG yang telah diacah sebelum ini seperti LG Rollable. Sebelum ini, divisyen telefon pintar LG telah mengalami kerugian berbilion Ringgit dan menyukarkan divisyen itu untuk terus beroperasi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Korea Times

Exit mobile version