Site icon TechNave BM

LG mungkin terpaksa keluar daripada industri telefon pintar

Divisyen telefon pintar LG Electronics baru-baru ini sering dilaporkan mengalami kesukaran kerana jualan yang rendah. LG juga telah mencuba menjual divisyen telefon pintarnya kepada syarikat Vietnam dan Jerman, namun berita terbaru mengatakan usaha itu nampaknya tidak membuahkan hasil.

Memandangkan LG tidak dapat melepaskan divisyen telefon pintarnya, syarikat Korea Selatan itu mungkin terpaksa menutup terus divisyen itu bagi mengelakkan lebih banyak kerugian. Menurut media Korea, LG gagal menjual divisyen telefon pintarnya kerana harga yang terlalu mahal sedangkan jualan telefon pintar LG hanya sebanyak 1% daripada jumlah jualan global.

Sebelum ini, seorang eksekutif LG telah menegaskan bahawa LG tidak akan menjual divisyen telefon pintarnya kepada syarikat luar, namun berita terbaru ini telah menunjukkan perkara sebaliknya. Telefon pintar gulung LG Rollable juga baru sahaja mendapat pengiktirafan Bluetooh SIG, namun masih tidak pasti jika ia akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Kali terakhir LG melancarkan telefon pintar setakat ini adalah LG Wing yang menampilkan mekansime dua skrin boleh dilipat 90 darjah. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techradar

Exit mobile version