Site icon TechNave BM

LG patenkan komputer riba 17 inci dengan skrin gulung

Dengan pengumuman telefon konsep dari OPPO dan TCL tidak lama yang lalu, skrin gulung mungkin akan menjadi trend telefon pintar selepas reka bentuk lipat. LG tidak ketinggalan dalam hal ini kerana LG sebenarnya telah menggunakan teknologi gulung ini pada televisyen mereka sebelum ini yang dijual bermula $60,000 (RM245,550).

LG juga telah memfailkan nama “Rollable” untuk telefon LG mereka dengan reka bentuk skrin yang bergelonsorkan. Terbaru, LG dikhabarkan akan menggunakan teknologi ini pada komputer riba mereka pula.

Sebuah paten terbaru LG telah dikesan dan ianya menunjukkan sebuah komputer riba dengan faktor bentuk yang menarik. Komputer riba ini dilihat hadir dengan paparan 17 inci bergulung keatas yang boleh digulung dari 13.3 inci ke 17 inci.

Berdasarkan gambar paten ini, papan kekunci dan pad sentuh komputer riba juga boleh digulung ke dalam, mengurangkan ruang yang diambil ketika menggunakan peranti ini.

Ini adalah konsep yang menarik dari LG, namun ia berkemungkinan besar bukanlah peringkat akhir komputer riba ini. Komen pendapat anda di Facebook kami mengenai hal ini dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version