LG memperkenalkan SIGNATURE OLED T, TV tanpa wayar pertama di dunia dengan paparan 77 inci yang lutsinar. Diumumkan di CES 2024, TV ini menampilkan teknologi canggih termasuk paparan OLED 4K yang boleh bertukar antara mod legap dan lutsinar membuatkannya sesuai sebagai dekorasi dan alat hiburan.
Ciri uniknya termasuk mod T-Objet untuk memaparkan gambar atau video dan T-Bar untuk info seperti ramalan cuaca dan status peranti IoT. TV ini juga menyokong resolusi 4K dengan kadar segar semula 120Hz, Nvidia G-Sync dan AMD FreeSync.
Dikuasakan oleh pemproses Alpha 11 AI dan teknologi Zero Connect Box, ia memastikan penghantaran audio dan video tanpa wayar berkualiti tinggi. SIGNATURE OLED T berharga USD 59,999 (~RM280,000) dengan penghantaran pertama bermula 16 Januari di Amerika Syarikat dan pelancaran global dijangka menyusul.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: LG

