Site icon TechNave BM

LG Rent-Up dilancar di Malaysia: Program sewa untuk mudahkan anda guna kelengkapan rumah LG dengan murah

Pada hari ini, LG Malaysia telah melancarkan program LG Rent-Up iaitu sebuah program yang memudahkan para pengguna di Malaysia untuk mendapatkan akses kepada kelengkapan elektrik LG berkualiti tinggi tanpa perlu membayar harga yang mahal. Dengan LG Rent-Up, anda boleh menyewa pelbagai produk LG untuk kegunaan di rumah, dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun.

Harga sewa bulanan telah ditetapkan pada harga yang berpatutan supaya kelengkapan rumah LG boleh dimiliki oleh lebih ramai orang. Selain itu, pengguna juga akan menerima jaminan (warranty) untuk setiap produk LG sepanjang tempoh sewaan.

Para pengguna boleh sewa sembilan kategori produk LG iaitu pembersih air (water purifier), pembersih udara (air purifier), penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, televisyen dan banyak lagi.

Contoh produk yang ditawarkan dalam produk Rent-Up

Dengan program sewaan Rent-Up ini, pengguna juga akan menerima penghantaran dan pemasangan percuma serta perkhidmatan penyelenggaraan berkala oleh kakitangan LG. Selain itu, para pengguna boleh menyepadukan produk-produk LG dengan aplikasi LG ThinQ untuk memudahkan mereka memantau tahap penggunaan produk.

Apabila tempoh tamat sewaan sudah tiba, para pengguna juga diberi pilihan untuk menaik taraf kepada produk yang lebih baharu.

Layari laman web LG Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai program sewaan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version