Site icon TechNave BM

LG tarik diri daripada MWC 2020

Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2020 akan dianjurkan pada hujung bulan ini dan kita boleh jangkakan syarikat-syarikat elektronik utama seperti Samsung dan Huawei untuk hadir. Akan tetapi sebuah syarikat besar dari Korea Selatan memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai kongres besar di Barcelona itu.

LG tidak akan menyertai MWC kerana bimbang dengan penularan wabak Coronavirus di seluruh dunia. Dalam sebuah kenyataan kepada media, LG berbuat demikian demi menjaga kesihatan para pekerjanya dan tidak mahu mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan daripada penerbangan antarabangsa.

Demi menggantikan ketiadaan mereka di MWC, LG akan menganjurkan majlisnya sendiri untuk mengumum barisan telefon pintarnya yang akan dijual pada tahun ini. LG ialah syarikat pertama yang menarik diri daripada MWC pada tahun ini kerana wabak Coronavirus. Setakat ini, tiada syarikat lain yang telah berbuat demikian.

Adakah anda kecewa dengan ketiadaan LG dalam MWC tahun ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version