Site icon TechNave BM

LG Ultra Tab dilancar: SD 680, bateri 7,040mAh dan sokong stilus Wacom pada ~RM1,578

Walaupun LG telah keluar dari perniagaan telefon pintar, mereka baru sahaja lancarkan tablet Android baharunya di pasaran Korea Selatan. LG Ultra Tab adalah tablet Android 12 dengan skrin IPS LCD 10.35 inci, cipset Snapdragon 680 dan bateri 7,040mAh.

Skrin IPS LCD yang digunakan memberi resolusi 2000 x 1200 piksel dan nisbah skrin 5:3 dengan kadar penyegaran semula 60Hz. Terdapat empat pembesar suara di bahagian tepi paparan dan tablet ini turut membawa sokongan stilus Wacom. 

Tablet ini mempunyai kamera swafoto 5MP di hadapan dan kamera utama 8MP dengan autofokus di belakang. Ia dilengkapi dengan RAM 4GB dan storan 64GB yang boleh dikembangkan melalui slot microSD. Seperti peranti LG sebelum ini, ia mematuhi piawaian US Army’s MIL-STD 810G untuk ketahanan. 

LG Ultra Tab hanya mempunyai warna kelabu arang pada harga KRW 426,000 (~RM1,455) di Korea Selatan. Kami masih tidak ketahui kehadirannya secara global dan di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version