Site icon TechNave BM

LG UltraGear Gaming Monitor dilancar: Monitor OLED pertama di dunia dengan kadar 240Hz

LG Electronics telah melancarkan siri monitor OLED premium terbaru iaitu LG UltraGear Gaming Monitor Series yang akan dipersembahkan dalam acara Consumer Electronics Show (CES) 2023. Ciri paling menarik pada monitor gaming ini adalah ia merupakan monitor OLED pertama yang menyokong kadar segar semula setinggi 240Hz.

Siri monitor ini terdiri daripada model 27GR95QE berukuran 27 inci dan 45GR95QE berukuran 45 inci. Monitor ini dikilangkan khas oleh LG dan mampu menghasilkan masa tindak balas (response time) sepantas 0.03 milisaat Gray-to-Gray (GTG).

Ia turut menyokong penghasilan kualiti gambar self-lit untuk penghasilan warna yang tepat dan kontras tanpa had. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri monitor LG ini:

Buat masa ini, monitor LG UltraGear hanya dibuka untuk pra-tempahan di Amerika Syarikat (AS), manakala pelanggan di negara-negara Amerika Utara dan Asia Tenggara perlu menunggu sehingga Januari 2023.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan monitor ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version