Site icon TechNave BM

LG umum kamera zum telefoto baharu dengan sokongan OIS

LG Innotek baru sahaja membuat pengumuman dengan pendedahan rasmi Modul Kamera Zum Telefoto Optik baharunya yang akan disediakan untuk telefon pintar akan datang tidak lama lagi. Kamera telefoto optik baharu LG akan tiba dengan fungsi kamera teleskopik bersepadu yang mampu menangkap imej berkualiti tinggi daripada zum 4x hingga 9x.

LG mendakwa bahawa sensor imej baharu itu akan dapat menangkap gambar tanpa kehilangan sebarang kualiti. Proses zum adalah melalui zum digital. Walau bagaimanapun, LG Innotek menyatakan bahawa ia telah membangunkan penggerak zum yang merupakan komponen untuk menggerakkan kanta bagi membolehkan perubahan jarak fokus.

Ini membolehkan kamera telefoto menangkap imej yang jelas antara zum 4x dan 9x dan tidak terhad kepada dua tahap itu sahaja. Menariknya, teknologi kamera ini turut disokong oleh OIS (Penstabilan Imej Optik).

Peranti yang menampilkan sensor OIS ini akan dapat mengurangkan kekaburan dalam tangkapan dan mendapatkan rakaman yang lebih mantap. Tambahan, memandangkan modul ini juga lebih kecil, jenama yang menggunakannya juga dapat menjimatkan ruang di dalam badan telefon pintar mereka.

Ini bermakna, pengeluar telefon boleh menyembunyikan bonjolan kamera secara teknikal. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version