Site icon TechNave BM

LG umumkan LG Velvet, model telefon pintar baru dengan falsafah rekaan unik

LG Electronics telah mengumumkan sebuah telefon pintar premium LG Velvet, sebuah telefon yang LG katakan akan mempunyai rekaan yang sangat berbeza berbanding telefon-telefon pintar lain. Ia akan menampilkan kamera “Raindrop” dan reka bentuk yang simetrikal.

Nama baru ini menunjukkan bahawa LG tidak lagi menggunakan gabungan huruf dan nombor dalam menamakan produknya seperti sebelum ini. Nama ‘Velvet’ juga diambil bagi membawa imej premium dan ekslusif dalam telefon baru ini.

Tiada sebarang tarikh pelancaran telah diberikan, namun menurut sebuah portal berita Korea Naver, LG Velvet mungkin akan dilancarkan pada 15 Mei. Khabar angin juga mengatakan ia akan dioperasi oleh cipset Snapdragon 765 dan menyokong rangkaian 5G.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan LG Velvet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: LG Newsroom

Exit mobile version