Site icon TechNave BM

LG Wing dilancarkan: Telefon dengan dua skrin OLED, skrin boleh putar dan kamera gimbal

Terkini, LG Electronics telah melancarkan telefon pintar dengan rekaan unik terbaru, LG Wing. LG Wing hadir dengan penawaran penggunaan skrin yang dinamik, lengkap dengan spesifikasi yang baik.

LG sememangnya tidak asing dalam dunia telefon pintar dengan dua skrin. Kali ini, LG Wing tampil dengan jenis putaran baharu untuk kegunaan dua skrinnya. Lebih menarik, terdapat dua mod yang boleh digunakan untuk dua skrin OLED ini; Swivel Mode dan Basic Mode. Ia juga tampil dengan spesifikasi yang baik untuk sebuah telefon pintar standard tahun ini. Anda boleh melihat spesifikasinya seperti di bawah.

Basic Mode ialah penggunaan seperti telefon biasa, manakala Swivel Mode membenarkan anda memutar skrin dan mendedahkan skrin kedua yang berukuran 3.9 inci. Beberapa aplikasi tertentu boleh digunakan dalam masa yang sama pada kedua-dua skrin (dua aplikasi untuk dua skrin).

Selain dari spesifikasi di atas, terdapat juga teknologi penstabilan kamera gimbal, Gimbal Motion Camera pada tetapan kameranya. Untuk pengetahuan anda, anda boleh merakam menggunakan kedua-dua kamera hadapan dan belakang dalam masa yang sama semasa menggunakan Swivel Mode. Hasilnya, anda boleh memilih sama ada untuk menyimpan rakaman dalam bentuk 1:1 atau 16:9.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai harga didedahkan oleh LG. Namun, apakah pandangan anda terhadap telefon pintar unik ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version