Site icon TechNave BM

LHDN akan mulakan pelaksanaan e-invois untuk cukai perniagaan bermula akhir 2023

Bagi memudahkan proses pembayaran cukai oleh syarikat perniagaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mula melaksanakaan sistem e-invois seawal akhir tahun ini.

LHDN telah menyenaraikan jaduan pelaksanaan untuk sistem e-invois ini, di mana tahap projek perintis (pilot project) akan dimulakan seawal Januari 2024 untuk syarikat-syarikat terpilih. Syarikat lain juga boleh melaksanakannya secara sukarela.

Bermula Jun 2024, sistem e-invois akan dilaksanakan secara mandatori untuk perniagaan yang mencapai nilai ambang jualan sebanyak RM100 juta setahun. Kemudian, bermula Januari 2025 pula, pelaksanaan ini akan diluaskan untuk perniagaan yang mencapai nilai ambang jualan RM50 juta setahun.

Seterusnya, bermula Januari 2026, perniagaan dengan nilai ambang jualan RM25 juta setahun perlu melaksanakan e-invois secara mandatori. Akhirnya, semua perniagaan dijangka perlu melaksanakan e-invois bermula Januari 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Mohd Nizom bin Sairi, berkata pelaksanaan e-invois ini akan menambah baik kualiti perkhidmatan oleh pentadbir cukai, meningkatkan kecekapan operasi perniagaan dan memudahkan urusan penyimpanan rekod.

Ia juga dapat mewujudkan transaksi perniagaan yang lebih telus, sekali gus membantu kerajaan mengatasi masalah ekonomi bayangan (shadow economy) dalam urus niaga.

Dengan e-invois, pemilik perniagaan tidak perlu lagi menyimpan dokumen fizikal untuk invois, baucar dan resit selama tujuh tahun. Ia kini boleh diakses secara digital.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version